Custom Search

Friday, September 17, 2010

Hilangnya Permata di dalam Industri Seni Tanah air: M Rajoli meninggal dunia.

Bangun dari tidur aku di kabarkan tentang berita kematian M Rajoli atau  nama sebenarnya Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin yang berasal dari Pasir Mas Kelantan yang terkenal sebagai seorang pelakon,pelawak dan juga pelukis.

Pelakon veteren ini meninggal dunia di usia 65 tahun di Hospital Ampang kira-kira jam 10.45 malam semalam di sisi  isterinya yang tercinta.Beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat dan membawa setiap watak yang dipegangnya dengan penuh versatile dan bersahaja.Beliau dilaporkan meghidap lymphoma iaitu sejenis barah kelenjar dan meninggal disebabkan sesak nafas@shortness of breath di Hospital Ampang .

Jenazah Beliau dijangka dikebumikan sebelum Zohor hari ini.Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham.