Custom Search

Saturday, April 24, 2010

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor dijangka jam 11 malam

HULU SELANGOR: Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui pada pukul 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu pada 9 malam.

"Sekiranya kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada jam 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan pada pukul 11 malam. Tetapi kita tak dapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wan Omar berkata undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terbabit akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.

Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bharu.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat. - Bernama

No comments:

Post a Comment