Custom Search

Friday, May 14, 2010

Dato Lee Chong Wei Kalah Di tangan Lindan

 Kini pasukan badminton cina mengumpul mata dengan kemenangan Lindan yang menentang Dato Lee Chong Wei.Lindan menguasai keseluruhan permainan bermula dari seawal permainan dan mengekalkan corak yang cukup menarik sehingga berjaya mengalahkan dato lee chong wei.

Dalam game yang pertama Lindan menang 21-17 dan di game yang kedua 21-8.

Harapan tinggi yang diletakkan terhadap dato Lee Chong Wei yang gagal memberikan saingan seawal game yang pertama memudarkan harapan pasukan negara yang inginkan piala thomas kembali menjadi milik Malaysia.

Wednesday, May 12, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan dengan e-book

Tambah Pendapatan Sampingan


Pengenalan

Peluang untuk menambah pendapatan sampingan anda dengan e book amat berpotensi tinggi. Apakah itu e book? Bolehkah e book tambah pendapatan sampinagan anda.Apa yang istimewa sangat dengan e book hinggakan dapat tambah pendapatan sampingan anda.E book merupakan electonic book atau dalam bahasa melayunya ialah buku elektronik.Selalunya e book mengandungi kandungan-kandungan yang berunsur ilmiah dan pengajaran.Kini penggunaan internet yang amat meluas menjadikan e book semakin popular di kalangan pengguna internet.Peranan anda di sini ialah dengan menghasilkan e book dan tambah pendapatan sampingan anda.E book yang dapat menyelesaikan masalah orang lain serta dapat memberi maklumat berguna amat berpotensi untuk anda tambah pendapatan sampingan anda.

Apa yang istimewa sangat dengan e book?
  • mudah disimpan- tak perlu guna rak buku
  • mudah untuk dipindah dan dicetak
  • mudah untuk dijual-biasanya pakai online je
  • mudah untuk dihasilkan- cukuplah sekadar mahir dalam microsoft word
  • tidak perlu keluar modal yang besar
  • yang penting sekali senang untuk di baca dan selari dengan peredaran semas
E book yang anda hasilkan boleh dijual di internet samaada di blog,di forum, ataupun laman web sosial seperti facebook.Anda juga boleh menjualnya di mudah.com yang kini agak famous di malaysia.Untuk membuat e book,anda perlu mendapatkan idea terlebih dahulu untuk menetukan apa yang anda nak tulis.

Macam mana nak dapatkan idea?

Anda boleh menulis tentang hobi anda....sasaran adalah mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama dengan anda.Sebagai contoh, anda minat memancing.Anda boleh tulis e book pasal teknik memancing yang berkesan.Ataupun anda minat kereta,ceritakan bagaimana teknik menjaga kereta.Anda boleh tarik minat orang yang sama hobi dengan anda.

Pengalaman adalah guru yang paling besar dalam hidup manusia.Melalui pengalaman kita dapat memperbaiki hidup kita.Apa salahnya jika kita kongsi pengalaman kita dengan orang lain di samping kita dapat menambah pendapatan sampingan kita.Jika pengalaman kita dapat membantu orang lain ia sudah tentu akan mendapat sambutan yang menggalakkan.Sebagai contoh e book mengenai rahsia menjadi seorang pelajar cemerlang.Mungkin dulu anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan kini apa salahnya jika anda kongsikan tip-tip kejayaan anda dengan orang lain.

Anda juga boleh menghasilkan e book berdasarkan kepakaran anda.Cuba tanya pada diri sendiri,aku pakar dalam bidang apa?Jika anda mahir dalam membaiki kereta,apa salahnya anda kongsikan dan terjemahkan kepakaran anda ke dalam e book.Selain anda dapat tambah pendapatan sampingan anda,anda juga dapat berkongsi ilmu anda dengan orang lain.Secara tidak langsung anda telah melakukan satu amal.Jika anda pakar dalam menanam cendawan cuba tulis pasal teknik penanaman cendawan.Ataupun.....Jika anda suka memasak dan hebat untuk mencipta resepi baru,anda boleh cipta e book tentang masakan.Ataupun....Jika anda pakar dalam bidang pelaburan, anda boleh menulis tentang teknik pelaburan contohnya pelaburan emas melalui gold saving account.

Sebelum anda memulakan penulisan e book,anda perlu terlebih dahulu mengkaji niche-niche yang anda inginkan.Niche merupakan bidang tumpuan untuk pemasaran e book anda. Sebagai contoh niche kewangan, kesihatan, niche buat duit. Saya ambik contoh niche buat duit.Anda boleh kecilkan lagi skop niche anda dengan memilih sebagai contoh niche buat duit dengan cendawan, buat duit dengan facebook,buat duit dengan ikan keli .

Niche sudah ada, idea pun sudah menunggu untuk dipindahkan....
Langkah seterusnya adalah anda perlu mengkaji permintaan terhadap e book anda.Kalau e book anda tiada permintaan maka sia-sia anda menulis e book.Anda boleh membuat kajian di blog atau forum yang membincangkan sesuatu topik yang berkaitan dengan niche anda.Kaji masalah mereka untuk anda selesaikan.Anda juga boleh melakukan kajian melalui temu ramah secara rawak tentang masalah orang ramai yang boleh anda selesaikan dengan penulisan e book anda.

Sekarang tiba masanya untuk anda menulis e book anda.Bina rangka penulisan anda secara teliti.Anda boleh menetukan bab-bab yang ingin anda selitkan ke dalam e book anda.Buat peta minda yang bermula dengan tajuk e book anda yang dipecahkan kepada bab-bab dan seterusnya kepada isi e book anda.

Ini merupakan salah satu cara untuk tambah pendapatan sampingan yang amat lumayan.Jangan sia-siakan kepakaran, pengetahuan ,kepandaian dan pengalaman anda.Kongsikan dengan mereka yang inginkannya di samping anda dapat tambah pendapatan sampingan anda.





Tuesday, May 11, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan - Rosyam Nor Group RNG

Tambah Pendapatan Sampingan

Kini anda berpeluang untuk tambah pendapatan sampingan anda dengan sistem MLM yang unggul ini di mana anda hanya perlu menyertainya dan melabur melaluinya tetapi tidak perlu berusaha keras untuk mendapatkan keuntungan. Group ini akan berkerja untuk anda.

Revolusi perniagaan yang telah dirangka oleh seorang artis popular tanah air Rosyam Nor kini sedang mengorak langkah kejayaan melalui sistem MLM.Siapa tidak kenal Rosyam Nor,hero No 1 negara dengan filem yang telah melonjak namanya setinggi impiannya " KL menjerit".Beliau juga seorang  seorang duta power root.Kini beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Rosyam Nor Group yang,beliau sendiri merupakan pengerusinya.

Anak Seni ini sentiasa mencari pembaharuan dalam dirinya untuk menambah dan menjana kekayaan walaupun beliau telah membina kekayaan daripada hasil dalam bidang seni. Rosyam Nor Group sebenarnya bernaung di bawah satu syarikat yang cukup terkenal iaitu Power Impian International Sdn. Bhd. yang cukup terkenal dengan rangkaian produk-produk makanan dan kesihatan.

Antara senarai produk yang  ditawarkan di dalam sistem ini seperti berikut:
  • ENGO-minuman herba
  • PropoCare-produk yang berasaskan propolis
  • Eliganz Rejuvenated Serum- produk antipenuaan
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menambah pendapatan sampingan anda.


Sunday, May 9, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan dengan Francais

Tambah Pendapatan Sampingan

Bagaimanakah anda dapat jana wang atau tambah pendapatan sampingan melalui sistem francais? Mungkin ramai yang menganggap tambah pendapatan sampingan melalui sistem francais sukar untuk dilaksanakan dan mungkin juga ramai yang tidak sedar banyak Francais directory yang menawarkan sistem francais.Perniagaan francais bukan lagi untuk tambah pendapatan sampingan bahkan untuk jana pendapatan atau jana wang yang lumayan.

Apakah sistem francais?

Seperti mana yang didefinisikan oleh ‘Vaughn’  sistem francais ialah "Satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk secara lazimnya memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau satu syarikat yang secara relatifnya adalah kecil untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk satu jangkamasa tertentu dan pada satu tempat yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud". 

Di Malaysia terdapat banyak 'francais directory' berdasarkan kategori seperti beauty and health,jewelry,clothing,education dan banyak lagi.Contoh directory yang menawarkan sistem francais ialah Avon,Bonea,Habib Jewels,Singer dan banyak lagi.

Apakah keistimewaan sistem francais?

Terdapat pelbagai kelebihan di dalam sistem francais jika dibandingkan dengan perniagaan yang dimulakan dengan modal sendiri.Salah satunya anda tidak perlu menanggung risiko yang tinggi berbanding dengan perniagaan yang dimulakan dengan modal poket anda sendiri.Selain itu juga para franchiser berpeluang untuk menjual produk yang sudah sedia popular.Dengan ini anda tidak perlu risau dengan jenama yang anda ingin dagangkan kerana ianya sudah dikenali malah mempunyai permintaan yang tinggi contohnya KFC ataupun Mc Donald.

Secara kesimpulannya perniagaan ini amat berpotensi untuk tambah pendapatan sampingan anda dan jana wang anda.

Tambah Pendapatan Sampingan dengan Hartanah

Tambah Pendapatan Sampingan

Bidang hartanah merupakan satu bidang yang sangat berpotensi untuk diceburi kerana ini dapat menambah pendapatan sampingan yang berlipat kali ganda.Namun bidang ini memerlukan modal yang agak besar.Bagi yang bekerja makan gaji, kita boleh membuat personal loan untuk dapatkan modal.Apa yang perlu kita lakukan untuk tambah pendapatan  sampingan kita dalam bidang hartanah ini adalah dengan membeli tanah dan menjualnya kembali setelah dibahagikan kepada lot-lot tanah yang lebih kecil untuk dijadikan tapak rumah.


Sebagai contoh, katakanlah kita membeli seekar tanah dengan harga pasaran semasa bernilai seratus ribu.Dengan tanah seekar, ia boleh dibahagikan kepada setidak-tidaknya 6 lot rumah. Itupun dah kira satu ukuran yang luas untuk satu lot rumah. Harga untuk satu lot rumah paling rendah pun mencecah RM 40K untuk satu lot rumah.Cuba anda darabkan dengan 6 lot tanah.Anda telah berjaya mengumpul RM 240K dengan bermodalkan RM 100 K +  belanja untuk urusan pembahagian lot tanah.Contoh harga tanah ini berdasarkan tempat yang belum lagi membangun tetapi berpotensi untuk membangun.Harganya mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan yang sudah sedia membangun.Biarlah di kawasan pendalaman sedikit tapi pastikan ia berpotensi untuk dibangunkan.Tetapi, bidang ini amat sukar untuk diceburi oleh para remaja kita kerana modalnya yang cukup besar. Namun, ia satu langkah bijak untuk tambah pendapatan sampingan anda.

Apakah ciri-ciri tanah yang berpotensi untuk dibangunkan. Saya anggap anda mungkin sudah mengetahui apakah ciri-ciri tersebut.Contohnya seperti berdekatan dengan jalan besar, berhampiran dengan pasar ataupun berdekatan dengan sekolah dan juga institusi pengajian.

Jika anda tidak suka untuk peningkan kepala dengan urusan dengan pejabat tanah untuk proses pecah lot, anda boleh sewakan tanah kepada mereka yang inginkannya. Beli tanah tidak rugi, harganya sentiasa meningkat dan tidak mungkin akan turun.Inilah masanya untuk anda tambah pendapatan sampingan anda.
 
Inilah permulaan kepada para remaja kita.Cuba mengorak langkah untuk menambah pendapatan sampingan kita dengan memvariasikan sumber kewangan kita.