Custom Search

Sunday, May 9, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan dengan Hartanah

Tambah Pendapatan Sampingan

Bidang hartanah merupakan satu bidang yang sangat berpotensi untuk diceburi kerana ini dapat menambah pendapatan sampingan yang berlipat kali ganda.Namun bidang ini memerlukan modal yang agak besar.Bagi yang bekerja makan gaji, kita boleh membuat personal loan untuk dapatkan modal.Apa yang perlu kita lakukan untuk tambah pendapatan  sampingan kita dalam bidang hartanah ini adalah dengan membeli tanah dan menjualnya kembali setelah dibahagikan kepada lot-lot tanah yang lebih kecil untuk dijadikan tapak rumah.


Sebagai contoh, katakanlah kita membeli seekar tanah dengan harga pasaran semasa bernilai seratus ribu.Dengan tanah seekar, ia boleh dibahagikan kepada setidak-tidaknya 6 lot rumah. Itupun dah kira satu ukuran yang luas untuk satu lot rumah. Harga untuk satu lot rumah paling rendah pun mencecah RM 40K untuk satu lot rumah.Cuba anda darabkan dengan 6 lot tanah.Anda telah berjaya mengumpul RM 240K dengan bermodalkan RM 100 K +  belanja untuk urusan pembahagian lot tanah.Contoh harga tanah ini berdasarkan tempat yang belum lagi membangun tetapi berpotensi untuk membangun.Harganya mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan yang sudah sedia membangun.Biarlah di kawasan pendalaman sedikit tapi pastikan ia berpotensi untuk dibangunkan.Tetapi, bidang ini amat sukar untuk diceburi oleh para remaja kita kerana modalnya yang cukup besar. Namun, ia satu langkah bijak untuk tambah pendapatan sampingan anda.

Apakah ciri-ciri tanah yang berpotensi untuk dibangunkan. Saya anggap anda mungkin sudah mengetahui apakah ciri-ciri tersebut.Contohnya seperti berdekatan dengan jalan besar, berhampiran dengan pasar ataupun berdekatan dengan sekolah dan juga institusi pengajian.

Jika anda tidak suka untuk peningkan kepala dengan urusan dengan pejabat tanah untuk proses pecah lot, anda boleh sewakan tanah kepada mereka yang inginkannya. Beli tanah tidak rugi, harganya sentiasa meningkat dan tidak mungkin akan turun.Inilah masanya untuk anda tambah pendapatan sampingan anda.
 
Inilah permulaan kepada para remaja kita.Cuba mengorak langkah untuk menambah pendapatan sampingan kita dengan memvariasikan sumber kewangan kita.

No comments:

Post a Comment