Custom Search

Sunday, May 9, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan dengan Francais

Tambah Pendapatan Sampingan

Bagaimanakah anda dapat jana wang atau tambah pendapatan sampingan melalui sistem francais? Mungkin ramai yang menganggap tambah pendapatan sampingan melalui sistem francais sukar untuk dilaksanakan dan mungkin juga ramai yang tidak sedar banyak Francais directory yang menawarkan sistem francais.Perniagaan francais bukan lagi untuk tambah pendapatan sampingan bahkan untuk jana pendapatan atau jana wang yang lumayan.

Apakah sistem francais?

Seperti mana yang didefinisikan oleh ‘Vaughn’  sistem francais ialah "Satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk secara lazimnya memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau satu syarikat yang secara relatifnya adalah kecil untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk satu jangkamasa tertentu dan pada satu tempat yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud". 

Di Malaysia terdapat banyak 'francais directory' berdasarkan kategori seperti beauty and health,jewelry,clothing,education dan banyak lagi.Contoh directory yang menawarkan sistem francais ialah Avon,Bonea,Habib Jewels,Singer dan banyak lagi.

Apakah keistimewaan sistem francais?

Terdapat pelbagai kelebihan di dalam sistem francais jika dibandingkan dengan perniagaan yang dimulakan dengan modal sendiri.Salah satunya anda tidak perlu menanggung risiko yang tinggi berbanding dengan perniagaan yang dimulakan dengan modal poket anda sendiri.Selain itu juga para franchiser berpeluang untuk menjual produk yang sudah sedia popular.Dengan ini anda tidak perlu risau dengan jenama yang anda ingin dagangkan kerana ianya sudah dikenali malah mempunyai permintaan yang tinggi contohnya KFC ataupun Mc Donald.

Secara kesimpulannya perniagaan ini amat berpotensi untuk tambah pendapatan sampingan anda dan jana wang anda.

No comments:

Post a Comment