Custom Search

Wednesday, May 12, 2010

Tambah Pendapatan Sampingan dengan e-book

Tambah Pendapatan Sampingan


Pengenalan

Peluang untuk menambah pendapatan sampingan anda dengan e book amat berpotensi tinggi. Apakah itu e book? Bolehkah e book tambah pendapatan sampinagan anda.Apa yang istimewa sangat dengan e book hinggakan dapat tambah pendapatan sampingan anda.E book merupakan electonic book atau dalam bahasa melayunya ialah buku elektronik.Selalunya e book mengandungi kandungan-kandungan yang berunsur ilmiah dan pengajaran.Kini penggunaan internet yang amat meluas menjadikan e book semakin popular di kalangan pengguna internet.Peranan anda di sini ialah dengan menghasilkan e book dan tambah pendapatan sampingan anda.E book yang dapat menyelesaikan masalah orang lain serta dapat memberi maklumat berguna amat berpotensi untuk anda tambah pendapatan sampingan anda.

Apa yang istimewa sangat dengan e book?
  • mudah disimpan- tak perlu guna rak buku
  • mudah untuk dipindah dan dicetak
  • mudah untuk dijual-biasanya pakai online je
  • mudah untuk dihasilkan- cukuplah sekadar mahir dalam microsoft word
  • tidak perlu keluar modal yang besar
  • yang penting sekali senang untuk di baca dan selari dengan peredaran semas
E book yang anda hasilkan boleh dijual di internet samaada di blog,di forum, ataupun laman web sosial seperti facebook.Anda juga boleh menjualnya di mudah.com yang kini agak famous di malaysia.Untuk membuat e book,anda perlu mendapatkan idea terlebih dahulu untuk menetukan apa yang anda nak tulis.

Macam mana nak dapatkan idea?

Anda boleh menulis tentang hobi anda....sasaran adalah mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama dengan anda.Sebagai contoh, anda minat memancing.Anda boleh tulis e book pasal teknik memancing yang berkesan.Ataupun anda minat kereta,ceritakan bagaimana teknik menjaga kereta.Anda boleh tarik minat orang yang sama hobi dengan anda.

Pengalaman adalah guru yang paling besar dalam hidup manusia.Melalui pengalaman kita dapat memperbaiki hidup kita.Apa salahnya jika kita kongsi pengalaman kita dengan orang lain di samping kita dapat menambah pendapatan sampingan kita.Jika pengalaman kita dapat membantu orang lain ia sudah tentu akan mendapat sambutan yang menggalakkan.Sebagai contoh e book mengenai rahsia menjadi seorang pelajar cemerlang.Mungkin dulu anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan kini apa salahnya jika anda kongsikan tip-tip kejayaan anda dengan orang lain.

Anda juga boleh menghasilkan e book berdasarkan kepakaran anda.Cuba tanya pada diri sendiri,aku pakar dalam bidang apa?Jika anda mahir dalam membaiki kereta,apa salahnya anda kongsikan dan terjemahkan kepakaran anda ke dalam e book.Selain anda dapat tambah pendapatan sampingan anda,anda juga dapat berkongsi ilmu anda dengan orang lain.Secara tidak langsung anda telah melakukan satu amal.Jika anda pakar dalam menanam cendawan cuba tulis pasal teknik penanaman cendawan.Ataupun.....Jika anda suka memasak dan hebat untuk mencipta resepi baru,anda boleh cipta e book tentang masakan.Ataupun....Jika anda pakar dalam bidang pelaburan, anda boleh menulis tentang teknik pelaburan contohnya pelaburan emas melalui gold saving account.

Sebelum anda memulakan penulisan e book,anda perlu terlebih dahulu mengkaji niche-niche yang anda inginkan.Niche merupakan bidang tumpuan untuk pemasaran e book anda. Sebagai contoh niche kewangan, kesihatan, niche buat duit. Saya ambik contoh niche buat duit.Anda boleh kecilkan lagi skop niche anda dengan memilih sebagai contoh niche buat duit dengan cendawan, buat duit dengan facebook,buat duit dengan ikan keli .

Niche sudah ada, idea pun sudah menunggu untuk dipindahkan....
Langkah seterusnya adalah anda perlu mengkaji permintaan terhadap e book anda.Kalau e book anda tiada permintaan maka sia-sia anda menulis e book.Anda boleh membuat kajian di blog atau forum yang membincangkan sesuatu topik yang berkaitan dengan niche anda.Kaji masalah mereka untuk anda selesaikan.Anda juga boleh melakukan kajian melalui temu ramah secara rawak tentang masalah orang ramai yang boleh anda selesaikan dengan penulisan e book anda.

Sekarang tiba masanya untuk anda menulis e book anda.Bina rangka penulisan anda secara teliti.Anda boleh menetukan bab-bab yang ingin anda selitkan ke dalam e book anda.Buat peta minda yang bermula dengan tajuk e book anda yang dipecahkan kepada bab-bab dan seterusnya kepada isi e book anda.

Ini merupakan salah satu cara untuk tambah pendapatan sampingan yang amat lumayan.Jangan sia-siakan kepakaran, pengetahuan ,kepandaian dan pengalaman anda.Kongsikan dengan mereka yang inginkannya di samping anda dapat tambah pendapatan sampingan anda.





No comments:

Post a Comment