Custom Search

Saturday, April 24, 2010

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor dijangka jam 11 malam

HULU SELANGOR: Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui pada pukul 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu pada 9 malam.

"Sekiranya kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada jam 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan pada pukul 11 malam. Tetapi kita tak dapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wan Omar berkata undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terbabit akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.

Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bharu.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat. - Bernama

Thursday, April 22, 2010

Make money with gold investment

Gold investment is a very good decision to avoid changes in economic. Gold is a very interesting metal and have high value especially among women.

In our country,public bank and may bank provide gold saving account.Do you know that gold price is keep increasing.
Example: gold price for 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas on:
>>18/7/2001 ialah RM1082.00
>> 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!! 



The price increased up to 181.7% in 7 years period.

There many kind of gold saving in our country.Here i list down some of them
  1. Buy a gold in gold shop
  2. Buy " syiling kijang emas"
  3. Buy physical gold in UOB bank
  4. Gold saving passbook in maybank or public bank
  5. Buy "dinar emas kelantan"        
Maybank offer us the gold Saving Passbook Account (GSPA).To apply for GSPA we just need to register in nearest maybank  branch.The minimum amount to open GSPA is 5 gram.


Minimum deposit : 5gm
Trading unit : Minimum 5gms in multiples of 1gm
Fineness     : 999.9 gold






The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.
Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:
GSPA do not offer us any interest but the profit we can get through any increasing in the price.Daily gold price can be search here http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml   








 











Benefit of Gold Saving Account
  • Lower cost compared to physical gold
  • Lower risk,just keep a book/passbook not a real gold 
  • We can change with physical gold if we want but need to pay for transport and service charge.



Wednesday, April 21, 2010

KWSP mahu pertingkat pelaburan luar negara Oleh Ahmad Farizal Hajat ahmadfarizal@bharian.com.my 2010/04/22

Kementerian Kewangan beri kelulusan labur RM32.25b

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan pelaburannya di luar negara bagi mempelbagaikan portfolio pelaburannya dalam usaha mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata langkah itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan KWSP menerokai peluang pelaburan luar negara yang lebih meluas, khususnya dalam pelaburan ekuiti. “Dengan pertambahan saiz dana KWSP serta kekangan dalam pasaran domestik serta toleransi risiko kami, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan kadar dividen semasa pada hadapan.

“Justeru, mempelbagaikan pelaburan ke luar negara adalah langkah terbaik bagi memenuhi keperluan KWSP walaupun ada cabaran yang perlu dihadapi,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Pengurus Portfolio Luaran 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol.

Samsudin berkata, setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada KWSP untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) dalam pasaran saham di luar negara, yang mana daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan.
Beliau berkata, 2010 ini juga akan menyaksikan penyempurnaan pelaburan KWSP menerusi program Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) bernilai AS$2 bilion (RM6.45 bilion) bagi dilaburkan dalam pasaran saham luar negara dan sukuk global.

“Mandat baru ini adalah selaras dengan strategi kepelbagaian KWSP dan dijangka menyumbang kepada pembangunan industri serta peserta industri yang menunjukkan komitmen, sumber dan keupayaan menguruskan pelbagai jenis mandat pelaburan,” katanya.

Samsudin dalam ucapannya turut mengumumkan, KWSP tahun ini akan menyalurkan AS$690 juta (RM2.23 bilion) kepada sembilan pengurus dana bagi menguruskan pelaburannya dalam ekuiti Islam global dan AS$600 juta (RM1.94 bilion) kepada empat pengurus dana bagi pelaburan dalam sukuk global.

Sementara itu, pada majlis Anugerah Pengurus Portfolio Luaran 2009 itu, lima kategori anugerah disampaikan kepada pengurus portfolio luaran cemerlang, dengan tiga daripadanya adalah bagi kategori ‘Ekuiti’, manakala dua lagi bagi kategori ‘Pendapatan Tetap’.

HwangDBS Investment Management Bhd, dinamakan pemenang bagi kategori anugerah ‘Pengurus Portfolio Ekuiti Keseluruhan Terbaik’, yang dinilai berdasarkan prestasi kewangan untuk tempoh tiga tahun berturut-turut dan kualiti perkhidmatan.

Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd dan CIMB-Principal Asset Management Bhd pula masing-masing dipilih pemenang tempat kedua dan ketiga.

HwangDBS Investment Management turut memenangi anugerah ‘Pengurus Ekuiti Pulangan Nyata Tiga Tahun Terbaik’ manakala anugerah ‘Pengurus Portfolio Ekuiti Pulangan Risiko Terbaik’ iaitu anugerah diberi berdasarkan prestasi tiga tahun jumlah dana keseluruhan yang diukur melalui Nisbah Maklumat (Information Ratio), dimenangi Nomura Asset Management Malaysia.

Bagi kategori ‘Pendapatan Tetap’, AmInvestment Management Sdn Bhd dianugerahkan sebagai ‘Pengurus Portfolio Pendapatan Tetap Keseluruhan Terbaik’ dan ‘Pengurus Pendapatan Tetap Pulangan Nyata Tiga Tahun Terbaik’.