Custom Search

Thursday, April 1, 2010

Malaysia: Antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia

02/04/2010 12:33pm

FRANKFURT 2 April - Malaysia diiktirah sebagai antara 10 destinasi pelancongan terbaik dan termurah dunia bagi warga Eropah, menurut majalah Yahoo! Travel versi bahasa Jerman.

Turut disenaraikan termasuk Thailand, India, Sri Lanka, Mexico, Croatia, Bulgaria, Turki, Mesir dan Hungary.

Menurut majalah tersebut lagi, keindahan Pulau Langkawi, Kedah turut mendapat pujian kerana pantainya yang panjang dan pasir yang putih serta keindahan batu karang.

Laman pelancongan Yahoo! turut dipetik sebagai berkata, himpunan flora dan fauna yang ada di negara ini turut menarik minat pencinta alam semula untuk menjadikan Malaysia sebagai pakej pelancongan.

"Perbelanjaan percutian anda adalah rendah, kehidupan di sini (Malaysia) sangat murah,” kata laman pelancongan Yahoo!. - Bernama

No comments:

Post a Comment